Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid


Nama penuh / Nasab beliau:

Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar


Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:

Tahun 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumat, 12 April 1974, selepas shalat Jumat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 bersaudara (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau berasal dari keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh banyak para ulama’ dan terdapat  beberapa pondok pesantren di situ.
Bondowoso - Jawa Timur Indonesia 
Sewaktu remaja, beliau berguru dengan:

  1. Ustadz Hasan Baharom
  2. Ustadz Soleh Bal As’ad
  3. Ustadz Abdul Hamid
  4. Ustadz Soleh Bin Agil
  5. Ustadz Ahmad Barakwan
  6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar

dan banyak lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai kitab dalam bidang agama.

Tahun 1993 – 1995



Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Ibunda, beliau akhirnya pergi ke Hadhramaut Yaman, untuk meneruskan pengajian belajar ilmu. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:

  1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
  2. Al Habib Ali Masyhur
  3. Al Habib Salim As Syatiri
  4. Al Habib Hasan As Syatiri
  5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
  6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
  7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
  8. Syeikh Fadal Ba Fadal
  9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
  10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
  11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
  12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid 

Beliau juga adalah  anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa Yaman. Bakat awal beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Tahun 1996 – 2001


Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yaman, beliau melanjutkan belajar ke Mesir. Selama 5 tahun di Universitas Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:

  1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
  2. Dr. Saad Jawish
  3. Dr. Ali Jum’ah
  4. Dr. Muhammad Jibril

Sambil belajar di sini beliau juga  terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari berbagai suku bangsa.

Tahun 2002- Sekarang


Setelah menerima ijazah  dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan memperdalam ilmunya di Universitas Islam Antara bangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Tahun 2004, beliau menikah dan beliau serta isteri telah dianugerahi  3 orang puteri.

Majlis Ta’lim Darul Murtadza


Pada tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh sebab itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri meminta Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.




------------------------ 
Sumber : 
http://darulmurtadza.com




Subscribe to receive email update:

0 Response to "Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid"

Post a Comment

Klik to join with 212 Mart